"Selamat Datang ke Blog Biopearl82"
Semoga Anda Ceria Selalu.. ;-)

July 17, 2010

"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
 
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
 
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
 
Untuk manfaat kita bersama, Tolong sampaikan perkara ini kepada sahabat2.
 
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Rezeki...

Assalammualaikum.....

Di hari Sabtu yang indah ni saya ingin kongsi sesuatu dgn suma...Saya ada membeli sebuah e-book dari sebuah laman web...Tajuk e-book tersebut adalah "RAHSIA REZEKI"...
Tajuknya yang menarik telah membuatkan saya beria-ria untuk mendapatkannya dan ternyata pembelian tersebut tidak sia-sia kerana banyak ilmu bermanfaat yg telah saya perolehi.

Kesimpulan yang bole saya bt setelah membaca e-book ini adalah kita harus sentiasa bersyukur, memelihara hubungan baik sesama manusia dan menjauhkan diri daripada benda-benda tidak baik terutamanya riba. Perkara-perkara inilah yang kadang2 dipandang remeh oleh manusia sebenarnya secara tidak langsung akan mempengaruhi segala rezeki yang diperolehi diberkati oleh Allah atau sebaliknya. 

Mungkin pada satu masa kita memperolehi banyak duit di tangan, tapi mengapa duit tersebut sekejap sahaja berada di tangan dan lesap begitu sahaja tanpa disedari kemana arah tujunya. Pernahka anda mengalami perkara tersebut?? Saya pasti ramai yang mengalaminya. Justeru itu, sebagai manusia yang tidak sempurna yang melakukan banyak kesalahan kecil atau besar tanpa disedari, sama2 la kita kembali ke jalan Allah dan banyak2 muhasabah diri untuk mengubah hidup kita kepada cara hidup Islam yang lebih diberkati.


Mungkin anda juga berminat untuk mendapatkan e-book ini bolehla melayari website:
www.rahsiarezeki.com
 
(^___^)

July 15, 2010

Hukum ABS..

Status Terkini ASB dan ASN : Masih Tidak Patuh Syariah

Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.


( LIHAT IMEJ SURAT DI LINK http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

(Sumber dari Facebook Zaharuddin.net)

July 2, 2010

Sebuah Kisah Yang Harus Dibaca...

Hmm...agak lama jgk tak buka blog ni....jarang-jarang ada masa hendak surf internet sebab sibuk dengan urusan keluarga...:-)

Sambil2 tunggu perlawanan piala dunia bola sepak Netherland lwn Brazil (my favourite team),sempatlah jgk surf internet ni sekejap untuk update blog...

Sebenarnya ada satu ceta yang sy nak share dengan suma..harap dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk kita menjadi insan yang lebih baik di muka bumi ini...

KISAH MULUT CELUPAR GADIS DALAM BAS : TEMPAHKAN BILIK KE NERAKA JAHANAM  

Wallahua'lam. Tak tau ni betul ke tidak cerita ni. Cuma jadikanlah pengajaran...jangan mencabar kekuasaan Allah SWT... 

              PERNAH suatu ketika dahulu diceritakan tentang kisah mayat rentung dalam bas. Mengikut sumber yang dipercayai,mayat gadis itu adalah mayat seorang gadis yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas beberapa minit dia berada dalam bas dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.

Kisah ini berlaku dalam sebuah bas yang baru saja berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang.Pada masa itu,seorang gadis ayu dan kelihatan begitu genit berumur dalam lingkungan 20an menaiki tangga bas dengan cara yang gak payah sikit kerana ia memakai skirt pendek dan cukup ketat menyebabkan pergerakkannya terhad bila melangkah.Dari bentuk rupa dan warna kulitnya,semua orang dapat mengagak bahawa gadis itu adalah anak Melayu dan sudah tentunya beragama Islam.Walau bagaimanapun dari bentuk pakaiannya bermini skirt,berbaju t-shirt yang menampakkan ketiak dan pusat serta fesyen rambutnya yang begitu menjolok mata menjadikan gerak gerinya dalam bas itu mendapat perhatian penumpang-penumpang lain.Semua mata yang berada dalam bas itu tertumpu kepadanya terutama mata lelaki sehingga ada yang terbeliak melihatnya.Gadis itu tidak ambil kisah kerana dia memang sudah menjangka dirinya akan menjadi tumpuan ramai.Memang itulah perkara yang sangat disenanginya.Secara kebetulan ada satu tempat kosong bersebelahan dengan seorang wanita tua bertudung kepala.Wanita tua yang sudah beruban putih di kepala itu memberi laluan kepadanya supaya duduk di tepi tingkap.Sambil menjeling kepada gadis genit yang berpakaian menjolok mata itu,wanita tua tersebut tiba-tiba bersuara secara lembut yang tidak akan menyentuh perasaan orang lain .

  " Anak,lebih elok kalau kamu berpakaian sopan yang sesuai dengan adat kita orang Melayu dan menutup aurat sebagaimana yang disuruh oleh agama kita Islam" . Gadis genit yang baru duduk itu berpaling dan merenung muka perempuan tua tersebut dengan mata yang tidak berkedip-kedip.Dia tidak menjangka perempuan tua itu akan berkata begitu kepadanya yang tidak dikenali langsung.Dengan serta merta darah muda yang mengalir di dalam tubuhnya itu memenuhi bahagian mukanya sehingga kelihatan merah yang amat ketara . Siapakah perempuan tua ini yang begitu lantang bermulut ' leser ' mengambil tahu hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya ? . Apakah hak dia berkata begitu kepada aku yang tidak dikenalinya ? kenapa dia begitu berani menjaga tepi kain orang lain sehingga tidak teragak-agak lagi memberi nasihat kepada aku ? . Sambil merenung tepat ke muka orang tua yang sedang memandangnya itu,gadis itu pun menjawab dengan suran lantang secara mengejek.

" Makcik…….Saya tak kenal siapa Makcik ni. Apa hak Makcik berkata begitu pada saya ? Mak ayah saya sendiri pun tak pernah cakap macam tu.Bila mati nanti kubur kita masing-masing makcik ooiii !! .Kalau nanti kubur makcik ada air-cond tentu makcik tak tau macam mana pulak kubur saya. Apa makcik ada memegang kunci pintu syurga ke sehingga dapat menentukan siapa yang akan masuk ke dalamnya nanti" . Suaranya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh hampir-hampir semua penumpang dalam bas tersebut menyebabkan ramai yang merenung kepadanya dengan mulut terlopong.Sambil mengetapkan bibirnya menahan perasaan marah dia merenung lagi wajah perempuan tua yang pada masa itu hanya terdiam tidak menjangka gadis tersebut akan bertindak demikian . Secara spontan kemudiannya membuka beg tangan yang disandangnya lalu mengeluarkan sekeping kad kecil dan menghulurkannya kepada perempuan tua tersebut .

  " Nah……. Ini dia kad saya dengan nombor telefon sekali. Saya harap makcik boleh tolong bagi tahu Allah, saya ingin menempah satu bilik di neraka jahanam.Kalau boleh,mintak Allah terus menghubungi saya adakah bilik di neraka jahanam tu masih ada yang kosong" . Sungguhpun jawapan gadis itu sangat menghiris hati perempuan tua tersebut,namun ia hanya mendiamkan diri saja sambil mengambil kad yang dihulurkan kepadanya.Gadis itu menyambung lagi..

" Saya tempah bilik dalam neraka jahanam tu sebab saya tahu tempat itu dah jahanam . Apa kita nak takut lagi ?..... Tolong telefon saya bila makcik dapat bilik temapahn saya dalam neraka jahanam tu… ok ? " .Katanya dengan nada mengejek sambil tersenyum sinis.Orang tua itu hanya terdiam dan tidak menjangka sama sekali seorang gadis genit seperti itu sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sehingga bersedia mencabar kekuasaan Allah.Apa yang dapat dilakukannya Cuma mengurut dada sambil berisytighfar .Selepas itu kedua-duanya tidak berkata apa-apa lagi. Masing-masing mengelamun dengan cara tersendiri sehinggalah bas itu pun tiba ke perhentiannya di Bandar.Ketika semua orang sudah bangun untuk berjalan turun dari bas,kelihatan gadis genit itu masih tidur dengan kedudukan yang agak selesa.Pada mulanya perempuan tua tersebut ingin membiarkan saja,tetapi dirasakannya tidak sampai hati pula.Oleh itu dengan penuh hati-hati dia menghulurkan tangannya memegang bahu gadis itu sambil berkata ,

" Bangun nak…… kita dah sampai , " Reaksi gadis itu Cuma negatif saja kerana matanya masih tetap tertutup rapat.Perempuan tua itu menjadi semakin berani,lalu digoncang-goncangnya badan gadis itu,namun masih tetap tiada respon.Ia ternyata masih tidur.Apabila telah agak lama gadis itu masih tetap tidur juga menyebabkan pemandu bas itu menjadi tertarik hati lalu menghampiri perempuan tua itu sambil bertanya ,
" Kenapa Makcik ? "
" Kesian budak ni tidur lena betul.Dah sampai  pun masih tak nak turun lagi," jawab orang tua itu . Merasa tertarik dengan kedudukan gadis itu dan cara matanya tertutup menyebabkan pemandu bas tersebut menghampirinya.Mulanya dia cuba memegang bahu gadis itu sambil menggoyang-goyangkannya.Apabila masih tiada reaksi apa-apa dia terus memegang tangan gadis itu .
" Ya Tuhan…!! Dia dah meninggal dunia…. " . Katanya terkejut .

 Perempuan tua itu terkejut besar mendengar kata-kata pemandu bas itu tetapi dia hanya mendah tangan ke langit membaca surah Al-Fatihah.Pemandu bas itu turun dan sebentar kemudian datang semula dengan dua orang kawannya – Seorang lelaki dan seorang wanita.Mereka kemudiannya cuba mengangkat mayat gadis itu untuk di bawa turun tetapi satu kejadian aneh telah berlaku.Mayat gadis itu tiba-tiba kelihatan bertukar warna menjadi hitam legam seolah-olah rentung dibakar api.Bila mereka cuba menyentuhnya untuk mengangkat,tangan mereka terasa kepanasan yang sangat luar biasa.Begitulah yang terjadi setiap kali mereka cuba menyentuhnya.Setelah tidak berjaya mengangkatnya mereka pun hanya menunggu pihak ambulans untuk menguruskan mayat tersebut..Dari kad pengenalan dalam beg tangannya diketahui bahawa gadis itu adalah anak seorang berada dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.Ibu bapanya terlalu sibuk dengan urusan mengumpulkan wang dan mengejar kedudukan sehingga mereka tidak ada langsung masa terluang untuk mendidik anak mereka dengan asuhan agama yang cukup sempurna.Ketika kejadian tersebut berlaku dia baru 2 minggu pulang dari melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat....

JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DI MUKA BUMI DENGAN SOMBONG..SESUNGGUHNYA ENGKAU TIADA DAPAT MENEMBUS BUMI DAN TIDAK AKAN SAMPAI ENGKAU SETINGGI GUNUNG...
           ( Surah Al – Israak Ayat 37 )