"Selamat Datang ke Blog Biopearl82"
Semoga Anda Ceria Selalu.. ;-)

March 5, 2011

Anak ku Yen Aqlan....

Tengah duduk2 termenung tadi, tiba2 anak sulung sy memanggil...sy pun menjawab panggilannya dgn penuh rasa sayang...rupanya dia memanggil sy kerana ingin menunjukkan hasil lukisannya....hmm kreatif sungguh Yen melukis walaupun kadang2 kita sebagai ibu bapa langsung tidak tahu apa makna lukisan mereka...Apabila saya bertanya apa lukisannya itu..Yen pun memberitahu bahawa lukisannnya itu adalah "Kon Ice Cream" n susunan panjang berwarna warni tersebut adalah "Perisa Ice Cream" tersebut.....so boleh la kon tersebut diisi mengikut perisa yang digemari....

Saya tergelak apabila Yen memberitahu saya mengenainya...mmg tidak terlintas di hati saya pun Yen akan berfifkir sebegitu....memang amat kreatif dan bijak....Saya merenung sejenak dkt Yen dan saya terasa agak tersentuh kerana ternyata Yen semakin membesar dan pejam celik umur Yen pun dah hampir masuk 5 tahun  ni....memang amat cepat masa berlalu....Sekarang pun Yen dah masuk taska Permata baru saja dlm beberapa hari mula belajar di taska tersebut. Mula2 yen masuk taska hari tu, ternyata anggapan sy meleset apabila menyangka yen akan takut ke taska, namun sebaliknya berlaku apabila dia berasa sgt selesa dgn keadaan taskanya. Malahan dia tidak sabar2 hendak ke taska setiap hari...Syukurlah Yen tidak byk kerenah. Sampaikan hari ni cuti pun, dia ingin siap2 ke sekolah..^_^

Yen ni seorang mmg suka bercakap wpun bahasanya masi sedikit pelat...kadang2 rasa rimas jgk kalu Yen banyak bertanya...tetapi kalu difikir kembali, mmgla sebagai seorang budak yang sedang membesar, Yen mesti akan byk bertanya kerana byk benda baru yang dilihat dan didengarnya. Maka naluri Yen sebagai seorang budak akan terasa excited dan beria-ia utk mengetahui benda baru tersebut. Sebagai ibu, sy akan usaha memberi penerangan kpd Yen mengikut kemampuan otaknya utk menerima penerangan sy.

Alhamdulillah, Yen mmg seorang anak yang cepat belajar dan menerima sesuatu. Doa sy agar Yen menjadi seorang anak yang baik, hormat kpd ibu bapa dan orang2 sekelilingnya, pintar, soleh serta berguna dan berjasa kpd ibu bapa, agama dan bangsa. Aminnnn......:-)




No comments:

Post a Comment