"Selamat Datang ke Blog Biopearl82"
Semoga Anda Ceria Selalu.. ;-)

March 5, 2011

Anak ku Yen Aqlan....

Tengah duduk2 termenung tadi, tiba2 anak sulung sy memanggil...sy pun menjawab panggilannya dgn penuh rasa sayang...rupanya dia memanggil sy kerana ingin menunjukkan hasil lukisannya....hmm kreatif sungguh Yen melukis walaupun kadang2 kita sebagai ibu bapa langsung tidak tahu apa makna lukisan mereka...Apabila saya bertanya apa lukisannya itu..Yen pun memberitahu bahawa lukisannnya itu adalah "Kon Ice Cream" n susunan panjang berwarna warni tersebut adalah "Perisa Ice Cream" tersebut.....so boleh la kon tersebut diisi mengikut perisa yang digemari....

Saya tergelak apabila Yen memberitahu saya mengenainya...mmg tidak terlintas di hati saya pun Yen akan berfifkir sebegitu....memang amat kreatif dan bijak....Saya merenung sejenak dkt Yen dan saya terasa agak tersentuh kerana ternyata Yen semakin membesar dan pejam celik umur Yen pun dah hampir masuk 5 tahun  ni....memang amat cepat masa berlalu....Sekarang pun Yen dah masuk taska Permata baru saja dlm beberapa hari mula belajar di taska tersebut. Mula2 yen masuk taska hari tu, ternyata anggapan sy meleset apabila menyangka yen akan takut ke taska, namun sebaliknya berlaku apabila dia berasa sgt selesa dgn keadaan taskanya. Malahan dia tidak sabar2 hendak ke taska setiap hari...Syukurlah Yen tidak byk kerenah. Sampaikan hari ni cuti pun, dia ingin siap2 ke sekolah..^_^

Yen ni seorang mmg suka bercakap wpun bahasanya masi sedikit pelat...kadang2 rasa rimas jgk kalu Yen banyak bertanya...tetapi kalu difikir kembali, mmgla sebagai seorang budak yang sedang membesar, Yen mesti akan byk bertanya kerana byk benda baru yang dilihat dan didengarnya. Maka naluri Yen sebagai seorang budak akan terasa excited dan beria-ia utk mengetahui benda baru tersebut. Sebagai ibu, sy akan usaha memberi penerangan kpd Yen mengikut kemampuan otaknya utk menerima penerangan sy.

Alhamdulillah, Yen mmg seorang anak yang cepat belajar dan menerima sesuatu. Doa sy agar Yen menjadi seorang anak yang baik, hormat kpd ibu bapa dan orang2 sekelilingnya, pintar, soleh serta berguna dan berjasa kpd ibu bapa, agama dan bangsa. Aminnnn......:-)




March 4, 2011

Jumaat Yang Paling Best...^_^

Hmm....bila sebut pasal hari Jumaat ni...mesti tersenyum2 (senyum ada makna tu..hehehe)...
Yala tiba jak setiap hari Jumaat, mesti pikir dah last day keja dan cuti 2 hari....itu yang mengembirakan hati..boleh duduk2 rumah dan luangkan masa bersama keluarga....yang paling pentig boleh lambat bangun skit (bukan banyak ya..hehehe)...Yala sdah hari2 bangun jam 5am then pas tu jam 7.00am sdah masuk keja..huhu mengantuk lagi tu....So, tiba jak Sabtu n Ahad, bolehla lambat2 skit kan...Tapi jan plak mau tido smpi ke tengahari plak...itu ndk patut sdah....:-)

Tapi time cuti 2 hari pun, byk gak keja mau buat ni termasuklah planning untuk "Impian" yang saya ada bagitau sebelum ni...Hmm semoga semuanya berjalan lancar...Doakan kami ya...(^_^)

March 3, 2011

Santai-Santai

Assalammualaikum para blogger,

Agak lama sy tidak menulis blog saya ini.....sejak beberapa bulan ni, saya agak bz dgn keja baru dan juga urusan peribadi lain yang membataskan waktu saya untuk menulis blog ini.
Tapi akhirnya pada hari ini, saya kembali untuk menulis blog yang tidaklah seberapa ini.

Saya sebenarnya baru saja 2 bulan lebih bekerja di syarikat baru....sebuah syarikat yang terlibat dalam pembinaan dan pembaikan kapal. So, saya kena sesuaikan diri dengan suasana baru ini yang benar2 berbeza dgn tmpt kerja saya sebelum ini. Tapi, syukurlah, segalanya dibawah kawalan.....hehehe.....

Hmm sebenarnya nak bagitau kepada semua mengenai sesuatu (walaupun teda orang mau tahu pun..bukan org femes pun..hahaha tapi nak bagitau jugak :-)

InsyaAllah saya dan adik saya bakal merealisasikan impian kami dalam masa terdekat ini...tapi ndk boleh bagitau dulu...nanti sdah set up impian tu baru saya war-war kan.....Tungguuuu ya....hehehe perasan...^__^

Ok jumpa lagi pada coretan yang akan datang.....

November 4, 2010

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Salam semua,

Lama sgt tak update blog ni....bz sgt sampai tak ingat blog ni lg....^__^

Hari ni saya ada ebook yg nak promote dekat anda suma...maklumla ramai yang tgh mencari pekerjaan skrg ni baik dalam sektor awam mahupun swasta....Bila ada saja jawatan kosong yg bersesuaian, para pencari kerja akan sedaya upaya membuat CV dan Resume yang terbaik bagi meningkatkan peluang untuk ke peringkat seterusnya iaitu "Tenuduga"....

Kira temuduga ni stage kedua la ala-ala AF gitu ada peringkat pertama hinggalah ketiga sebelum layak bergelar finalis...:-) Keluar topik sekejap la plak....hehe...

Ok berbalik kepada peringkat temuduga ini...sebenarnya perkara yang paling menakutkan adalah menghadiri temuduga...

Mengapa saya katakan sedemikian??Ini adalah kerana semasa temuduga la bermacam-macam soalan yang akan ditanya oleh penemuduga..kadang-kadang soalan yg mereka ajukan langsung tak terlintas dalam fikiran kita....Kadang-kadang juga soalan yang ditanya tak ada kaitan ngan pekerjaan yg dipohon...memang mcm2 sampai kekadang gementar dibuatnya....Apatah lagi kalu temuduga dibuat dalam Bahasa Inggeris.......mula la ada yang tidak keruan hanya kerana kurang fasih dalam Bahasa Inggeris....

Oleh itula saya bercadang ingin berkongsi dgn anda semua mengenai sebuah ebook yang boleh dijadikan panduan iaitu " Ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga" dimana sy juga telah membeli ebook tersebut sebagai panduan saya pada masa-masa akan datang..manatau la kot2 apply keja tempat lain nanti taklah menggelabah...:)

Sesiapa yg berminat bolehla klik pada link dibawah untuk maklumat selanjutnya...

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Semoga ia akan memberi manfaat kepada anda semua.
^__^